Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka –
#dontmesswithmelaka sudah menjadi semakin
trending. Apa tidaknya, sememangnya negeri Melaka adalah salah satu daripada negeri yang paling menarik untuk dikunjungi kerana nilai sejarahnya dan juga kerana adanya pelbagai tarikan pelancongan lain. Negeri Melaka telahpun diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia oleh
UNESCO kerana nilai universalnya
Pantai Klebang
Pantai Klebang adalah salah satu daripada pantai-pantai yang ada di Melaka. Namun begitu, oleh kerana lokasinya yang lebih strategik iaitu lebih dekat dengan bandar Melaka dan lebih accessible, secara tidak langsung ia menjadi buah mulut mereka-mereka yang berhasrat untuk berkunjung ke negeri Melaka. Anda bolehlah menikmati pemandangan mahupun berkelah di sini. Anda juga pasti merasa puas hati bersiar-siar di sini kerana pasir tambak yang putih dan halus. Secara jujurnya, saya ingin memuji pihak berkuasa dan penduduk tempatan negeri Melaka kerana telah menjaga kebersihan kawasan persekitaran ini dengan baik sekali!
Di Pantai Klebang ini juga, terdapat satu lokasi unik iaitu kawasan “padang pasir” yang sedikit tersorok. Anda boleh melayari Instagram dan cari hashtag-hashtag seperti #melakadesert. Bila dah tengok, pasti anda faham kenapa ramai yang sanggup berkunjung ke sini.
Walaupun lokasinya agak tersembunyi, anda tidak perlu risau kerana sentiasa ramai orang di sini. Yang datang buat wedding photoshoot pun ramai. Jika anda pergi bergambar di sini, akan ada kenderaan 4X4 yang boleh membawa anda dari tempat parking ke kawasan ini dengan caj RM3.00 seorang untuk sehala- saya dah cuba jalan kaki pergi dan balik. Habis lencun, basah ketiak Abam. Selepas belajar dari kesilapan (dapat penat, terpaksa kejar masa dan konon-konon nak bergambar stylo tapi last-last cuma dapat gambar muka berminyak), kali kedua pergi baru saya menurunkan ego dan naik 4X4. Best wooo!
Untuk tujuan keselamatan,a anda akan diarahkan untuk meninggalkan kawasan ini selepas jam 7:00 petang.
The Shore Sky Tower
Melihat permandangan sekeliling Melaka & uji tahap kegayatan anda dari ketinggian 42 tingkat! The Shore Sky Tower adalah bangunan yang tertinggi di Melaka.
Kos: RM18 sekali masuk
Rumah Terbalik
Jom merasa jadi Spiderman yop! (tangkap gambar dalam rumah terbalik- ya,
instagram worthy )
Kos:
Warganegara (tapi jangan lupa bawak MyKad):
Dewasa: RM15
Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM10
Bukan Warganegara:
Dewasa: RM20
Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM16
Kota A’ Famosa
Lawati tempat bersejarah yang paling simbolik di Melaka! Tak sah kalau tak bergambar di sini apabila datang ke Melaka tau.
Lokasi: Bandar Melaka (berdekatan Dataran Pahlawan & Hotel Equitorial)
Kos: Tiada
The Stadthuys
Aktiviti: Melawat tempat bersejarah & bergambar sebagai tanda kenangan. Kalau anda berminat, kat depan ni banyak beca- Beca Elsa Frozen pun ada!
Kos: Tiada (untuk beca, harganya di antara RM25-RM50 bergantung kepada lokasi dikunjungi dan tempoh masa)
Baba & Nyonya Heritage Museum
Aktiviti: Melihat warisan peranakan Bab & Nyonya sejak lewat abad ke-19 sehingga ke awal abad ke-20.
Waktu operasi:
Hari biasa:
10:00 pagi – 1:00 tengahari (lawatan terakhir jam 12:00 tengahari)
2:00 petang – 5:00 petang (lawatan terakhir jam 4:00 petang)
Untuk hujung minggu (Jumaat, Sabtu & Ahad), lawatan terakhir ialah pada jam 5:00 petang
Kos:
Dewasa: RM16.00
Kanak-kanak (5-12 tahun) RM11.00
Masjid Selat
Aktiviti: Mengamati seni bina masjid yang seakan-akan terapung di atas air. Oh ya, boleh singgah solat terus!
Kos: Tiada
Menara Taming Sari
Aktiviti: Menaiki menara Taming Sari, bermain Mini Rider 3D & Italian Bumper Car.
Kos:
Dewasa: RM20.00
Kanak-kanak (bawah 12 tahun): RM10.00
Pelajar: RM17.00 (bukan warganegara) / RM10.00 (warganegara)
Zoo Melaka
Lokasi: Ayer Keroh (berhampiran plaza tol PLUS Ayer Keroh)
Waktu operasi:
Zoo waktu biasa: 9:00 pagi – 6:00 petang (tiket terakhir jam 5:30 petang)
Night Safari: 8:00 malam – 11:00 malam (tiket terakhir jam 10:30 malam)
Kos:
Warganegara
Warga emas: RM7.10
Dewasa (umur 13-59): RM17.80
Kanak-kanak (umur 4-12): RM7.10
OKU: RM7.10
Bukan Warganegara
Dewasa (umur 13-59): RM23.70
Kanak-kanak (umur 4-12): RM17.80
*Anda boleh mendapatkan informasi lengkap & terkini di laman web rasmi
Zoo Melaka.
Taman Rama-Rama & Reptilia
Aktiviti: Melihat kecantikan rama-rama & reptilia yang dikumpulkan untuk tatapan pengunjung di sini.
Kos:
Dewasa : RM18
Kanak-kanak : RM12
A’ Famosa Resort
Siapa yang tidak tahu A’ Famosa Resort! Penginapan, Cowboy Town, Taman Tema & Safari Wonderland- senang cerita, macam-macam hado kat dalam resort ni.
Kos: Sila
klik di sini untuk maklumat lengkap & terkini di laman web rasmi A’Famosa Resort.
Sumber : aliff.co/tempat-menarik-di-melaka/