Tuesday, 22 November 2016

Maklumat Syarikat Pelancongan

MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN DI MELAKA

Al Haj Sdn Bhd
Agensi Perjalanan · Ayer Molek
Alamat:No 5-G, Jalan BU 2, Taman Bacang Utama, Melaka, 75350 Bacang, Malaysia
Telefon :+60 12‐405 5634
Masa Dibuka: 8:00PG–12:00PG
AL HAJ TRAVEL & TOURS SDN BHD

Tempat Penginapan

Australia Village @ Masbro Village

Australia Village, Masbro Village, Tempat Menarik di Melaka
Aktiviti: Penginapan
Lokasi: Taman Paya Rumput Indah (tepi jalan lebuh AMJ, berdekatan traffic light TESCO Cheng)
Kos: RM280/unit/malam

Bustel Klebang Melaka

Bustel Klebang Tempat Menarik di Melaka
Lokasi: Pantai Klebang
Kos:
Hari biasa: RM80
Hujung minggu & cuti umum: RM120

Makanan

1. Roti Canai Kayu Arang



2. Pizza Aladin



3. Murtabak Cheese

Aktiviti-Aktiviti Menarik

1. Menaiki River Cruise
[Gambar dari mynikfoto]
Dalam tempoh 45 minit perjalanan, anda akan dapat melihat permandangan yang terbaik di bandar bersejarah ini, seperti perkampungan Melayu tradisional Kampung Morten dan mural yang cantik di keliling Jonker Walk.
Lokasi: Jalan Laksamana, Bandar Hilir, 75000 Melaka (Google Maps)
Hubungi: +606-2814322

2. Menaiki Beca
[Gambar dari Jorge Cancela]
Di zaman dahulu, ia adalah salah satu pengangkutan yang utama di Melaka. Kini ia telah menjadi salah satu tarikan pelancong. Sangat jarang untuk kita lihat negeri-negeri lain di Malaysia yang boleh anda menaikinya. Jom cuba dan rasakan angin nyaman di Melaka pada waktu malam.
Lokasi: Around the street of Jonker

3. Pergi ke Taman Air
Taman air adalah aktiviti yang sesuai ketika cuti sekolah. Ibu bapa boleh memberi pelepasan kepada anak-anak mereka selepas sesi persekolahan yang panjang dengan berenang keseronokan di dalam air. Melaka mempunyai dua taman air iaitu, A Famosa Water Theme Park dan Melaka Wonderland, dengan permainan yang mendebar dan menyeronokkan, ia sesuai untuk keluarga pada semua peringkat umur.

4. Membeli-belah
[Gambar dari Phalinn Ooi]
Terdapat banyak pusat membeli-belah yang semakin meningkat di pusat bandar Melaka. Sama ada anda seorang pelancong atau orang tempatan, semua suka untuk pergi membeli-belah. Antara pusat membeli-belah yang terkenal di Melaka ialah Dataran PahlawanAeon Shopping CentreMahkota Parade dan The Shore.

5. Melakukan Aktiviti Riadah
Melaka bukan sahaja syurga bagi pengemar makanan dan membeli-belah. Untuk adrenalin junkie, Melaka juga adalah tempat yang baik untuk menjalankan aktiviti riadah seperti wall climbing, berkayak, flying fox dan lain-lain Dapatkan maklumat lanjut di Redtma Recreation Sports dan Serama Camp.

Peta Tempat


LOKASI-LOKASI MENARIK DI MELAKA

Tempat-Tempat Menarik

Tempat Menarik di Melaka

Tempat Menarik di Melaka – #dontmesswithmelaka sudah menjadi semakin trending. Apa tidaknya, sememangnya negeri Melaka adalah salah satu daripada negeri yang paling menarik untuk dikunjungi kerana nilai sejarahnya dan juga kerana adanya pelbagai tarikan pelancongan lain. Negeri Melaka telahpun diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO kerana nilai universalnya

Pantai Klebang

Pantai Klebang, Klebang Desert Tempat Menarik di Melaka
Pantai Klebang adalah salah satu daripada pantai-pantai yang ada di Melaka. Namun begitu, oleh kerana lokasinya yang lebih strategik iaitu lebih dekat dengan bandar Melaka dan lebih accessible, secara tidak langsung ia menjadi buah mulut mereka-mereka yang berhasrat untuk berkunjung ke negeri Melaka. Anda bolehlah menikmati pemandangan mahupun berkelah di sini. Anda juga pasti merasa puas hati bersiar-siar di sini kerana pasir tambak yang putih dan halus. Secara jujurnya, saya ingin memuji pihak berkuasa dan penduduk tempatan negeri Melaka kerana telah menjaga kebersihan kawasan persekitaran ini dengan baik sekali!
Di Pantai Klebang ini juga, terdapat satu lokasi unik iaitu kawasan “padang pasir” yang sedikit tersorok. Anda boleh melayari Instagram dan cari hashtag-hashtag seperti #melakadesert. Bila dah tengok, pasti anda faham kenapa ramai yang sanggup berkunjung ke sini.
Walaupun lokasinya agak tersembunyi, anda tidak perlu risau kerana sentiasa ramai orang di sini. Yang datang buat wedding photoshoot pun ramai. Jika anda pergi bergambar di sini, akan ada kenderaan 4X4 yang boleh membawa anda dari tempat parking ke kawasan ini dengan caj RM3.00 seorang untuk sehala- saya dah cuba jalan kaki pergi dan balik. Habis lencun, basah ketiak Abam. Selepas belajar dari kesilapan (dapat penat, terpaksa kejar masa dan konon-konon nak bergambar stylo tapi last-last cuma dapat gambar muka berminyak), kali kedua pergi baru saya menurunkan ego dan naik 4X4. Best wooo!
Untuk tujuan keselamatan,a anda akan diarahkan untuk meninggalkan kawasan ini selepas jam 7:00 petang.
Lokasi: Pantai Klebang

The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower Tempat Menarik di Melaka
Melihat permandangan sekeliling Melaka & uji tahap kegayatan anda dari ketinggian 42 tingkat! The Shore Sky Tower adalah bangunan yang tertinggi di Melaka.
Kos: RM18 sekali masuk

Rumah Terbalik

Rumah Terbalik Melaka Upside Down House, Tempat Menarik di Melaka
Jom merasa jadi Spiderman yop! (tangkap gambar dalam rumah terbalik- ya, instagram worthy 🙂 )
Kos:
Warganegara (tapi jangan lupa bawak MyKad):
Dewasa: RM15
Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM10
Bukan Warganegara:
Dewasa: RM20
Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM16

Kota A’ Famosa

Kota A'Famosa Tempat Menarik di Melaka
Lawati tempat bersejarah yang paling simbolik di Melaka! Tak sah kalau tak bergambar di sini apabila datang ke Melaka tau.
Lokasi: Bandar Melaka (berdekatan Dataran Pahlawan & Hotel Equitorial)
Kos: Tiada

The Stadthuys

The Stadthuys, Tempat Menarik di Melaka
Aktiviti: Melawat tempat bersejarah & bergambar sebagai tanda kenangan. Kalau anda berminat, kat depan ni banyak beca- Beca Elsa Frozen pun ada!
Kos: Tiada (untuk beca, harganya di antara RM25-RM50 bergantung kepada lokasi dikunjungi dan tempoh masa)

Baba & Nyonya Heritage Museum

Baba Nyonya Heritage Museum, Muzium Warisan Baba Nyonya, Tempat Menarik di Melaka
Aktiviti: Melihat warisan peranakan Bab & Nyonya sejak lewat abad ke-19 sehingga ke awal abad ke-20.
Waktu operasi:
Hari biasa:
10:00 pagi – 1:00 tengahari (lawatan terakhir jam 12:00 tengahari)
2:00 petang – 5:00 petang  (lawatan terakhir jam 4:00 petang)
Untuk hujung minggu (Jumaat, Sabtu & Ahad), lawatan terakhir ialah pada jam 5:00 petang
Kos:
Dewasa: RM16.00
Kanak-kanak (5-12 tahun) RM11.00

Masjid Selat

Masjid Selat, Tempat Menarik di MelakaAktiviti: Mengamati seni bina masjid yang seakan-akan terapung di atas air. Oh ya, boleh singgah solat terus!
Kos: Tiada

 Menara Taming Sari

Menara Taming Sari, Tempat Menarik di Melaka
Aktiviti: Menaiki menara Taming Sari, bermain Mini Rider 3D & Italian Bumper Car.
Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Melaka (berdekatan Dataran Pahlawan)
Kos:
Dewasa: RM20.00
Kanak-kanak (bawah 12 tahun): RM10.00
Pelajar: RM17.00 (bukan warganegara) / RM10.00 (warganegara)

Zoo Melaka

Zoo Melaka, Tempat Menarik di Melaka
Lokasi: Ayer Keroh (berhampiran plaza tol PLUS Ayer Keroh)
Waktu operasi:
Zoo waktu biasa: 9:00 pagi – 6:00 petang (tiket terakhir jam 5:30 petang)
Night Safari: 8:00 malam – 11:00 malam (tiket terakhir jam 10:30 malam)
Kos: 
Warganegara
Warga emas: RM7.10
Dewasa (umur 13-59): RM17.80
Kanak-kanak (umur 4-12): RM7.10
OKU: RM7.10
Bukan Warganegara
Dewasa (umur 13-59): RM23.70
Kanak-kanak (umur 4-12): RM17.80
*Anda boleh mendapatkan informasi lengkap & terkini di laman web rasmi Zoo Melaka.

Taman Rama-Rama & Reptilia

Taman Rama-Rama & Reptilia, Tempat Menarik di Melaka
Aktiviti: Melihat kecantikan rama-rama & reptilia yang dikumpulkan untuk tatapan pengunjung di sini.
Lokasi: Ayer Keroh
Kos:
Dewasa : RM18
Kanak-kanak : RM12

A’ Famosa Resort

A'Famosa Resort, Tempat Menarik di MelakaSiapa yang tidak tahu A’ Famosa Resort! Penginapan, Cowboy Town, Taman Tema & Safari Wonderland- senang cerita, macam-macam hado kat dalam resort ni.
Lokasi: Alor Gajah
Kos: Sila klik di sini untuk maklumat lengkap & terkini di laman web rasmi A’Famosa Resort.


Sumber : aliff.co/tempat-menarik-di-melaka/